KUALA LUMPUR – Anak bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli, didakwa diserang secara fizikal oleh orang yang tidak dikenali di sebuah pusat beli belah di Putrajaya hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang Norhizam Bahaman yang hadir ke hospital tempat kanak-kanak itu dirawat, mengesahkan perkara itu.
Beliau memaklumkan memberitahu serangan berlaku di luar kawasan sebuah pusat beli- belah di Putrajaya pada jam 1.30 tengah hari ini, lapor Malaysiakini pada Rabu.
Sumber lain portal itu berkata serangan berlaku di kawasan tempat letak kereta.
Ketika dihubungi Rafizi hanya mengesahkan serangan tetapi tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini.
“Sedang diperiksa (oleh pasukan perubatan) dan akan diletakkan bawah pemerhatian,” kata ahli Parlimen Pandan itu.
Belum ada maklumat terperinci berkaitan serangan itu dan motifnya belum diketahui.
Difahamkan Rafizi dan pihak berkuasa akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara itu tidak lama lagi.



