Lawan dulu, runding lepas PRN, Bung ulas kerjasama dengan GRS

KUALA LUMPUR — UMNO Sabah tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), namun Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan ia hanya akan dibincangkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Bercakap kepada Suara TV, beliau berkata pertimbangan itu selepas melihat kemungkinan berlaku pertembungan di 11 kerusi antara UMNO dan GRS, termasuk DUN Lamag – kerusi disandangnya sejak 2020.

“Kerjasama boleh dengan mana-mana parti, termasuk GRS… tapi selepas pilihan raya.

“Sekarang kita lawan dulu. Kerusi saya pun dia mahu ambil, macam mana mahu kerjasama sebelum pilihan raya?” katanya.

Apabila ditanya mengenai kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), Bung menegaskan UMNO Sabah tidak akan terlibat dalam kerjasama tersebut.

“Itu urusan mereka. UMNO-BN Sabah fokus pada jentera sendiri. Kita tak terganggu dengan strategi PH atau GRS,” ujarnya.

Beliau turut mengakui mungkin berbeza pandangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan soal perpaduan politik.

“Perpaduan di Sabah sukar dicapai kerana banyak parti bertindih kerusi dengan UMNO,” jelasnya.

Terdahulu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengesahkan akan mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi GRS yang dipengerusikan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat