KPM Tempatkan Sementara Pengetua, PK HEM, Warden SMKA Tun Datu Mustapha di JPN Sabah Sementara Siasatan Kes Zara Qairina Dijalankan

KUALA LUMPUR, – Kementerian Pendidikan (KPM) menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) dan semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.

Keputusan itu diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina.

“KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh, teliti dan tuntas,” menurut kenyataan itu.

KPM turut menegaskan bahawa kes berkenaan menjadi keutamaan pihaknya pada masa ini, dan berharap siasatan dapat dijalankan secara telus demi keadilan kepada keluarga mangsa serta semua pihak terlibat.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat