Penentang Muhyiddin Yassin perlu ke meja rundingan

- Advertisement -

PETALING JAYA: Kemelut krisis politik negara melalui penentangan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu ke meja perundingan bagi membentuk kerajaan yang inklusif dan adil.

Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan bersama hari ini menegaskan bahawa permasalahan yang dibelenggu rakyat ketika ini perlu diselesaikan dan ia memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan berkesan.

“Demi masa depan rakyat dan negara, semua pihak yang menentang Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bersama di meja rundingan sekarang untuk membentuk sebuah kerajaan yang inklusif, adil dan progresif di mana setiap parti dilayani secara adil.

“Apa yang pastinya sebuah kerajaan yang berkuasa seharusnya dipimpin oleh Perdana Menteri yang mempunyai keabsahan serta sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen.

“Walaupun setakat ini umum sedia maklum hanya 100 ahli Parlimen menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan 120 Ahli Parlimen tidak menyokong, namun beliau enggan meletakkan jawatan secara terhormat berdasarkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Jelas kenyataan itu, rakyat berharap para pemimpin politik dapat mencapai penyelesaian yang mampu merungkai masalah ini dan seterusnya membolehkan kepimpinan berwibawa tampil untuk membantu negara membendung penularan wabak Covid-19 dan memacu pemulihan ekonomi pasca pandemik.

Menurutnya, Majlis Presiden menjemput semua ahli Parlimen yang menentang dan menolak Perdana Menteri untuk bersama menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

“Ini adalah untuk membuktikan sokongan serta membentuk satu majoriti baharu di Parlimen.

“Amat penting semua pihak dapat bersatu di bawah sebuah kerajaan berjiwa rakyat yang mampu memperbetul segala kepincangan dan kegagalan Perikatan Nasional (PN) menjelang undi percaya terhadap Perdana Menteri nanti.

“Ini supaya sebarang pengambilalihan kerajaan hanya akan berlaku bersama pihak-pihak yang bersetuju dengan prinsip-prinsip dan landasan perjuangan termasuk reformasi institusi, tata kelola dan urus tadbir yang baik, dan institusi kehakiman yang bebas,” katanya.

-UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat