Tiada Kes Covid-19 Libatkan Himpunan Sokong Najib – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan tiada kes jangkitan Covid-19 berkaitan perhimpunan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 Julai lepas.

Dr Noor Hisham berkata demikian ketika ditanya media sekiranya terdapat kes positif Covid-19 pada sidang media perkembangan Covid-19 hari ini.

“Kita tidak lihat trend (peningkatan) mendadak, apa yang penting tidak ada laporan berkaitan perhimpunan berkenaan.

“Bagaimanapun KKM masih menjalankan pemantauan pada setiap masa,” katanya.

Semalam, Najib memuat naik kenyataan meluahkan rasa syukurnya di Facebook (FB) kerana tiada mana-mana penyokongnya atau mereka yang berhimpun baru-baru ini dijangkiti Covid-19.

“Hari ini genap 15 hari selepas penghakiman Mahkamah Tinggi kes SRC saya. Ini bermakna tiada kluster Najib tercetus sebab tempoh inkubasi Covid-19, 14 hari sudah berlalu.

“Alhamdulillah. Tapi kita jangan ulangi kesilapan hari itu. Kita perlu sentiasa mengamalkan SOP (prosedur operasi standard) demi kebaikan semua,” katanya.

Kajian menunjukkan tempoh inkubasi Covid-19 adalah 14 hari, namun dalam kebanyakan kes jangkitan ia hanya memakan masa tiga hingga lima hari sebelum menunjukkan gejala dan jarang sekali wujud jangkitan selepas tempoh 14 hari.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat