Pengerusi DAP Kelantan Terharu, Terima Kunjungan Najib

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim melahirkan rasa terharu dengan kesudian Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menziarahinya di hispital.

Pengerusi DAP Kelantan itu berkata, Najib hadir untuk melawatnya sebaik mengetahui akan pembedahan yang dijalaninya.

“Sudah cukup rasanya berada di hospital selama 7 hari. Harap dapat pulang ke rumah esok. Semalam DS Najib sempat datang melawat, baik sungguh beliau. Saya terharu dengan kesudiannya menziarahi saya,” katanya ringkas.

Zaid sebelum ini menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, berikutan sakit lutut yang telah di alaminya sejak sekian lama.

Ekoran itu, dia dijangka akan berehat seketika dari sebarang aktiviti selama dua bulan sebelum kembali aktif seperti biasa.

Untuk rekod bekas menteri di jabatan perdana menteri, dilantik menjadi pengerusi protem DAP Kelantan pada awal tahun lalu.

Pelantikan itu diputuskan sebulat suara dalam satu mesyuarat yang turut melantik 16 anggota jawatankuasa (AJK) protem yang lain.

Zaid yang juga merupakan peguam, pernah menjadi menteri selama beberapa bulan pada 2008, dan pernah menganggotai UMNO, PKR, Kita sebelum menjadi ahli DAP sejak 2017. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat