PM Lancar Blueprint Perumahan 3.0 Untuk Anggota Tentera Termasuk Veteran

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Blueprint Perumahan 3.0 (BP3.0) Kementerian Pertahanan yang menyasarkan pembinaan 12,733 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera Malaysia (RKMAT).

Berucap pada majlis perlancaran di Wisma Perwira ATM, Perdana Menteri berkata, BP3.0 merupakan agenda perumahan menyeluruh bagi menambah baik aspek kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk veteran dan warga awam yang mendokong aspirasi Keluarga Malaysia dalam melestarikan kebajikan warga kerja Pertahanan.

Beliau berkata, kerajaan menyanjung tinggi pengorbanan warga kerja pertahanan yang tidak menghiraukan penat lelah untuk mempertahankan keamanan negara tanpa mengira masa dan tempat, malah sanggup meninggalkan keluarga untuk berjuang di perbatasan.

“Sebagai bekas Menteri Kanan Pertahanan, sudah tentu saya sangat prihatin dan sentiasa berusaha memastikan kebajikan warga kerja Pertahanan terpelihara, malah isu berkaitan perumahan tuan-tuan dan puan-puan sentiasa dekat di hati saya.

“Sebab itu, seperti yang Dato’ Hisham sebut tadi, biarpun saya baru pulang dari lawatan rasmi ke Turkiye, kemudian hujung minggu pulang ke Parlimen saya, Bera untuk menyambut Aidiladha, tetapi apabila diundang untuk bersama warga MINDEF dan ATM, sudah tentu saya tidak akan lepaskan peluang ini,” katanya.

Menurut beliau lagi, kerajaan melalui Kementerian Pertahanan sentiasa memberi keutamaan kepada agenda perumahan warga ATM dan warga awam Mindef.

“Secara keseluruhannya, hasil daripada pelaksanaan Blueprint Perumahan 1.0 (BP1.0) dan Blueprint Perumahan 2.0 (BP2.0) sebanyak 4,200 unit RKMAT baru sudah berjaya disiapkan dan diduduki,” ujarnya.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ujar Perdana Menteri lagi, bagi meneruskan kesinambungan BP1.0 dan BP2.0, BP3.0 pula akan menumpukan kepada penyediaan baki keperluan 12,733 unit RKMAT seluruh negara menerusi lima fasa bermula 2023 hingga 2030.

“Di bawah program selenggara dan naik taraf, sasaran 80 peratus daripada 7,292 unit RKMAT sedia ada akan dinaik taraf termasuk pengubahsuaian daripada 2 unit kepada 1 unit. Pada masa yang sama, perabot lama yang telah rosak akan diganti dengan perabot yang baharu.

“Di bawah program Inisiatif Perumahan Veteran ATM, sebanyak 1,700 unit akan dibina demi kesejahteraan veteran ATM di seluruh negara.

“Dalam masa yang sama, lebih banyak rumah akan diselenggara dengan nisbah sasarannya 1 unit baru dibina, 4 unit akan dinaik taraf,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga menyuarakan komitmen untuk menyediakan kuota khas kepada warga pertahanan termasuk veteran bagi setiap projek rumah mampu milik mereka.

Katanya, di bawah program Inisiatif Perumahan Veteran ATM, 1,700 unit akan dibina demi kesejahteraan veteran ATM di seluruh negara.

“Dalam masa yang sama, lebih banyak rumah akan diselenggara dengan nisbah sasarannya satu unit baru dibina, empat unit akan dinaik taraf.

“Malah saya difahamkan, sebanyak 100 buah rumah veteran disasarkan untuk dibaik pulih dan dibina baharu pada tahun ini. Syabas kepada Mindef dan ATM khususnya Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM,” katanya.

Apa pun, ujarnya lagi, kerajaan sedar beban kewangan yang perlu ditanggung bagi melaksanakannya.

Justeru itu, beliau berkata, kaedah-kaedah perolehan secara penswastaan seperti ‘bina-pajak senggara-pindah’ (BLMT) akan diberi pertimbangan supaya sebahagian besar matlamat BP3.0 dapat dicapai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat