Buku Ismail Sabri Menteri Kanan Pertahanan Diterbitkan

- Advertisement -

Detik-detik penting 17 bulan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Menteri Kanan Pertahanan (Kluster Keselamatan) terakam dalam buku Ismail Sabri Yaakob: Teraju keselamatan, depani ancaman Covid-19.

Buku yang setebal 110 halaman ini ditulis dan disunting oleh bekas wartawan Utusan Datuk Ruhaidini Abd Kadir, yang kini merupakan Pengarah Media dan Strategik Komunikasi kepada Perdana Menteri.

Diterbitkan oleh Kementerian Pertahanan dan mengandungi lima bab, buku berkonsepkan “coffee table book” ini banyak mengandungi gambar-gambar terbaik Ismail Sabti dan petikan-petikan yang signifikan sebagai Menteri Kanan Pertahanan (Kluster Keselamatan) ketika itu.

Ismail Sabri dalam prakata buku tersebut menyifatkan pelantikan sebagai Menteri Kanan Pertahanan pada Mac 2020 ketika negara sedang berhadapan dengan ancaman penularan wabak COVID-19 sangat mencabar.

Menurut Ismail Sabri, bermula detik itu, seluruh kekuatan digembleng secara bersama. Agensi-agensi kerajaan termasuk pasukan kesihatan dan keselamatan selaku barisan hadapan digerakkan secara bersepadu dalam usaha menangani wabak ini. Segala faktor yang boleh menjadi punca kepada penularan wabak in dikenal pasti dan ditangani sebaiknya.

“Peperangan menentang COVID-19 ini merupakan sesuatu yang besar dan mencabar. Berperang dengan musuh yang tidak kelihatan namun berada di sekeliling kita. Setiap peperangan mesti dimenangi dan nyawa rakyat mesti diselamatkan,” tulis Ismail Sabri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,593FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat