Felo Perdana: Guna Peluang Untuk Bina Negara Pasca Covid – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob mahu semua peserta Felo Perdana yang terpilih oada tahun ini menggunakan peluang tersebut untuk memberikan idea dan visi untuk membina negara yang lebih baik era pasca pandemik
COVID-19.

Beliau turut meminta para Menteri yang menerima Felo Perdana ini agar menurunkanlah ilmu masing-masing kepada para peserta Felo Perdana jni agar merekadapat pengalaman yang berharga sepanjang program.

Termasuk membawa mereka bersama ketika balik melawat kawasan masing2.

Pendedahan daripada program Felo Perdana ini merupakan yang terbaik, sama ada kepada graduan atau lepasan
graduan, tambah beliau lagi.

“Apabila menjadi Felo kepada seorang menteri, mereka berpeluang melihat dan belajar cara seorang Menteri menguruskan kementerian. Pendedahan ini tidak terhad
kepada skop kerja seseorang menteri sahaja, tetapi gerak kerja bagi keseluruhan kementerian”.

Peluang menyertai program ini juga katanya, membolehkan peserta ditawarkan jawatan dalam perkhidmatan awam atau menyertai sektor korporat dan ada yang menjadi usahawan, aktivis dan ahli politik.

Mengambil contoh di pejabat beliau sendiri,daripada tiga orang Felo Perdana yang ditempatkan di sini pada tahun lepas, dua orang masih berkhidmat dengan
ditawarkan jawatan bersesuaian.

Diakhirnya Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada 110 orang peserta Felo Perdana dan Felo Korporat bagi tahun 2022. Beliau berharap kesemua mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah, berintegriti dan profesional bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada rakyat dan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat