Boleh tahu apa tujuan Azmin ke Hagia Sophia? – Zahida Zarik Khan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Boleh tahu apa tujuan? Membersihkan lantai juga ke?” soal Ketua Puteri UMNO kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pertanyaan itu dibangkitkan selepas tular gambar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu di media sosial semalam selepas Instagram Turkey Local Guides berkongsi gambarnya berlatar belakang Hagia Sophia.

Menurut Datuk Zahida Zarik Khan, rakyat sudah berkorban dan sudah mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Malah rakyat tidak dibenarkan merentas negeri, daerah, ziarah dan sebagainya, tiba-tiba ada menteri sempat melancong di tempat bersejarah di Turki.

Katanya, kalau Azmin tidak memikirkan soal rakyat sekurang-kurangnya beliau sensitif sedikit kerana rakyat pun sudah penat berkurung lebih 500 hari sejak bulan Mac tahun lalu.

“Rakyat sudah berkorban, rakyat sudah patuh pada SOP. Tidak dibenar rentas negeri, rentas daerah, ziarah dan sebagainya.

“Tiba-tiba ada Menteri sempat pula melancong di tempat bersejarah Hagia Sophia Turki. Kalau pun tak fikir soal rakyat, sekurang-kurangnya sensitif la sedikit pada rakyat yang sudah penat berkurung lebih 500 hari sejak Mac 2020,” bidas Zahida.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat