SPRM tahan tiga individu dalang tipu tuntutan PERKESO

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Dua beranak antara tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memalsukan dokumen bagi mendapatkan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bernilai lebih RM540,000.

Pasangan anak beranak yang berusia 59 dan 36 tahun bersama seorang lagi wanita berusia 50 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di SPRM Putrajaya kira-kira pukul 2.45 petang tadi.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek tersebut dipercayai mendalangi sindiket yang membuat tuntutan palsu bagi laporan perubatan Orang Berinsuran (OB) dalam kalangan pencarum PERKESO yang membuat permohonan tuntutan hilang upaya sementara atau kekal dan Pencen ILAT.

Mereka dipercayai melakukan kegiatan tersebut sekitar 2009 hingga 2017.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tambahnya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk mendapatkan perintah reman.

Gambar: Sumber Internet

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat