Berak Di Katil Punca Jhonny Depp Cerai Isteri

- Advertisement -

HOLLYWOOD – Pelakon Pirates of The Carribean mendedahkan tindakan bekas isterinya, Amber Heard membuang najis atas katil mereka antara punca beliau nekad menceraikan isterinya.

Depp sebelum ini pernah dituduh memukul dan mendera bekas isterinya namun dia menafikan perkara tersebut.

Malah, Depp turut menuduh bekas isterinya itu yang melakukan penderaan terhadapnya.

Memetik laporan Reuters, Depp berkata, tindakan Heard itu menyebabkan beliau membuat keputusan nekad berkenaan, meskipun bekas isterinya itu mendakwa perbuatan tersebut hanyalah satu bentuk gurauan.

Menurut laporan berita itu juga, Depp turut dilabel sebagai seorang yang ganas dan suka memukul isteri namun tegasnya, sepanjang berkahwin dia tidak pernah mengasari bekas isterinya.

Walau bagaimanapun, Depp pernah mendakwa Heard sering menumbuk mukanya beberapa kali selain turut mencederakan tangannya dengan membaling botol arak ke arahnya.

Perbicaraan kedua bintang ini dijangka akan berjalan selama 3 minggu dan antara saksi di pihak Depp ialah bekas kekasihnya, Vanessa Paradis dan Winona Ryder yang dijadualkan bakal memberi keterangan menerusi rakaman video.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat