Saya Pun Kulit Gelap – Azeez

- Advertisement -

KUALA LUMPUR:Perbahasan Dewan Rakyat pada sesi petang hari ini tegang seketika berikutan isu warna kulit yang diperdebatkan oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim dan Ahli PArlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto.

Ketika Kasthuri berucap, Azeez mencelah dan mengatakan bahawa tidak dapat melihat Kasthuri kerana berkulit gelap. Dalam masa sama, Azeez secara berseloroh meminta agar Kasthuri mengenakan bedak.

Perang mulut mula berlaku apabila beberapa orang Ahli PArlimen dari blok pembangkang bangun meminta speaker Dewan Rakyat yang baru memulakan tugas, Azhar Harun agar mengarahkan Azeez menarik balik dan memohon maaf berkenaan kenyataannya terhadap Kasthuri.

Turut bangun, Ahli PArlimen Jelutong, RSN Rayer yang mendesak Azhar supaya mengarahkan pemimpin Umno itu meminta maaf.

“Saya dengan segala hormatnya memohon speaker buat ‘ruling’ minta Baling tarik balik dan minta maaf. Awak tidak boleh benarkannya guna bahasa sedemikian,” katanya.

Azeez bagaimanapun menjawab: “Saya pun gelap, tak nampak. Apa beza dia? Takkan gelap nak jadi isu? Macam mana saya nak tarik balik, saya juga gelap? Macam mana saya boleh tarik balik?”

Azeez kemudian menarik balik kenyataan tersebut. Mesyuarat ditangguhkan sehingga esok (14 Julai).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat