Syarat Harga Borong 5G Tak Boleh Mahal Daripada DNB

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sekali lagi mengulangi syarat dikenakan kepada Entiti B yang akan menjadi pemborong rangkaian kedua 5G iaitu harga borongnya tidak boleh lebih mahal daripada rangkaian 5G yang dijual Digital Nasional Berhad (DNB).

Beliau berkata demikian dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) disiarkan TV3 pada 22 Mei lepas.

Untuk rekod, 5G dijual DNB kepada syarikat telekomunikasi dengan harga 13 sen per gigabite (GB) berbanding kos 4G dibangunkan telko yang mencecah 50 sen per GB.

Disebabkan harga lebih murah dijual DNB, pengguna di Malaysia membayar hanya RM1 per GB untuk rangkaian 5G berbanding RM2 per GB untuk 4G.

Bagaimanapun, harga runcit itu ditetapkan ketika telko tidak perlu mengeluarkan kos untuk pembinaan infrastruktur rangkaian 5G kerana ia dibina DNB ketika ini.

Fahmi pada 3 Mei lepas mengumumkan peralihan pendekatan pelaksanaan rangkaian 5G negara daripada pemborong rangkaian tunggal (SWN) kepada dwi pemborong rangkaian (DWN) apabila tahap liputan 5G yang dilaksanakan DNB sekarang mencapai 80% yang dijangka boleh dicapai menjelang hujung tahun ini.

Disebabkan telko tidak perlu membina infrastruktur rangkaian 5G sekarang, mereka dianggarkan dapat berjimat sehingga RM30 bilion.

Bagaimanapun dengan peralihan daripada SWN kepada DWN dengan beberapa telko dijangka membentuk konsortium Entiti B untuk bersaing dengan DNB, kesemua kos ini dijangka bertambah kerana keperluan pembinaan infrastruktur yang seterusnya dipindahkan kepada pengguna menerusi harga runcit.

Pengguna di Malaysia adalah antara kumpulan yang membayar harga internet termahal di rantau Asia Tenggara dengan kualiti perkhidmatan yang teruk.

Disebabkan itu ada pihak berpendapat, harga borong tak penting kerana harga runcit yang paling mustahak untuk rakyat.

Sebelum pengenalan DNB, telko bertanggungjawab melaksanakan kesemua jenis rangkaian daripada 2G sehingga 4G di Malaysia. Bagaimanapun, pelaksanaan 4G berdepan masalah sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan program JENDELA bagi merangsang pelaksanaannya.

Setakat ini, tahap liputan 4G hanya sekitar 96.92%, namun penuh dengan aduan kualiti perkhidmatan dan khidmat pelanggan. Isu ini masih konsisten dan berlanjutan walaupun telko telah dipertanggungjawab melaksanakannya sejak 2013.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat