PRU-15 Pulang Mandat Kepada Rakyat Termasuk B40 – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah bertujuan memulangkan hak dan mandat kepada rakyat termasuk golongan B40 dalam mengembalikan kestabilan politik.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kestabilan politik amat penting bagi menjamin
kesejahteraan hidup rakyat yang sedang berusaha bangkit daripada impak pandemik.

Menurut Zahid, istilaj dan takrifan kelas pendapatan isi rumah di Malaysia B40 dan M40 mula diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“B40 ialah golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah, manakala M40 dikategorikan golongan isi rumah berpendapatan pertengahan.

“Pengkelasan ini yang membolehkan kerajaan merancang dan merangka dasar serta program secara “efficient” dan “accurate” untuk rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun menurut beliau, definisi B40 dan M40 tidak “rigid” sebaliknya akan diperincikan dari semasa ke semasa berdasarkan perkembangan semasa.

Dengan demikian tidak benarlah mereka yang menuduh pimpinan BN tidak peduli nasib golongan B40 hanya kerana mengusulkan PRU-15 diadakan, kata Zahid.

“Sedangkan sudah terbukti pendekatan BN yang benar-benar memiliki “enthusiasm” untuk membela rakyat kebanyakan, bukan kroni.

“Berusaha mengurangkan jurang pendapatan dalam masyarakat dengan memastikan pengagihan sumber yang adil dan saksama kepada semua,” ujar beliau.

Jelas Zahid lagi, malah sebelum pengkelasan itu pun Pendapatan Isi Rumah Kasar Bulanan Penengah telah meningkat 105 peratus dari RM2,552 pada akhir tahun 2007 kepada RM5,228 pada akhir tahun 2016.

“Pendapatan penduduk luar bandar dibawah kerajaan BN bertambah 103 peratus iaitu lebih tinggi dari kadar peningkatan 86 peratus untuk penghuni dalam bandar.

“Dalam masa yang sama kos sara hidup masih berada pada paras yang stabil bersesuaian dengan kemampuan majoriti rakyat.

“Bagaimanapun sesudah PRU-14, jurang pendapatan golongan miskin dan kaya di negara ini dilaporkan melebar pada 2019 buat kali pertama sejak 2014.

“Justeru, perbuatan mereka cuba memanipulasi golongan B40 dalam percaturan politik gara-gara khuatir perlu berdepan PRU-15 sangat tidak wajar,” bidas Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat