‘line-up’ Search memang padu!

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Konsert ini berjaya (Konsert Rockin On Rooftop) sebab ‘line-up’ padu! Gabungan Kid dan Din memang tak boleh disangkal lagi la. Keserasian adik-beradik ni memang kuat kalau bergabung atas pentas.”

Demikian kata penyanyi kumpulan Pretty Ugly, Neves yang hadir menyaksikan Konsert Search Rockin On Rooftop di Kompleks Campbell, semalam.

Neves berkata, satu lagi kejayaan konsert itu adalah susunan lagu yang dipersembahkan.

“True Rocker goes to Campbell! Konsert Search Rockin On Rooftop ni bagi saya berjaya menghimpunkan rockers sebenar. Kenapa? Sebab lokasinya tu.

“Campbell adalah ‘spot’ di mana rocker berkumpul untuk ‘hang out’, membeli belah, beli album rock pada zaman 80-90 an dulu. Beli kaset dan baju-T rock dan lain-lain di kedai ‘auntie’.

“Satu lagi konsert ini berjaya sebab pemilihan lagu. Semalam mereka bawa lagu Emanuelle, Mentari Merah, Neo Romantika, Metropolitan, Teguh dan banyak lagi lagu yang jarang dimainkan,” katanya.

Neves dalam hantaran di Facebook turut memuji kehebatan vokalis baharu Search yang berasal daripada Indonesia itu, Denden.

“Selain itu vokalis barunya Denden Gonjalez yang boleh bawa lagu ‘hi-pitch’. Gua salute bro! Memang ‘power’ sangat. Konsert ni awak buktikan awak memang layak! Kira lulus lah ni.

“Tak lupa juga buat ‘tag team’ bass dan drum, Yan dan Min. Padu sangat ni. Berdentum-dentum bunyi. Seorang lagi ni memang lagi padu, Firdaus sebagai keyboardist yang setia dengan band ni sejak 90-an lagi.

“Harapan saya sebagai peminat Search, teruskan perjuanganmu brader semua. Saya harap benda ni tak habis di sini saja,” katanya.

Dalam masa sama, Neves menjelaskan perkongsiannya itu bukan untuk membezakan dan mencari siapa lebih hebat.

“Saya komen ni bukan nak bezakan atau nak bla bla bla siapa lebih ‘power’. Saya bercerita atas apa yang dilihat dan pengalaman semalam. Siapa yang ada di konsert semalam pasti faham apa dimaksudkan.

“Tahniah pada band dan kru produksi. Sound memang mantap! You rock my world semalam! Saya masih tak boleh ‘move on’ sampai hari ini,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,592FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat