Hishammudin Gesa Benarkan Semua Vaksin Yang Diluluskan WHO

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, menggesa agensi berkaitan meluluskan semua vaksin yang telah diluluskan oleh WHO bagi mempercepatkan proses vaksinasi bagi membolehkan rakyat di negara ini kembali menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Bagi Hishammudin, dalam berdepan situasi tidak normal seperti hari ini, kerajaan tidak boleh kita tidak boleh berantung kepada prosedur biasa.

“Agensi-agensi kita mesti bergerak seiring dengan badan antarabangsa – pantas dalam menetapkan kelulusan kecemasan. Setakat ini, Malaysia hanya meluluskan penggunaan Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca. Sedangkan, banyak negara telah meluluskan vaksin lain dalam program vaksinasi mereka. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan Johnson & Johnson, Moderna dan Sinopharm untuk kegunaan kecemasan di seluruh dunia. Pastinya mereka tidak salah.”

Hishamuddin menulis demmikan dalam catatan berjudul “MENANGANI PANDEMIK YANG TIDAK PERNAH DIHADAPI.

Hishamuddin turut mendedahkan banyak rakan Malaysia di seluruh dunia turut menawarkan bantuan tetapi dihalang oleh birokrasi dalam negara.

“Tawaran bantuan ini seharusnya diterima dengan kesungguhan dan bukannya keengganan. Ini pertimbangan antara melakukan perkara secara betul atau melaksanakan perkara yang betul. Menolak atau menerima tawaran ini turut akan beri kesan kepada kami di Kementerian Luar Negeri. Sekiranya tawaran ini tidak diterima dengan bersungguh-sungguh, ia berisiko menggugat hubungan diplomatik atau lebih teruk lagi menjejaskan integriti negara kita di pentas antarabangsa. Saya rasa ini bukan risiko yang wajar kita ambil.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat