E-MEL PEMBACA: SIGNAL RAKYAT KEPADA ZAHID & UMNO

- Advertisement -

Kepada Pengarang,

Minggu ini, rakyat sangat teruja dengan pertemuan DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong dengan pemimpin-pemimpin utama parti politik untuk mendengar pandangan mereka khususnya mengenai pandemik Covid-19.

Seusai pertemuan tersebut, sosial media dihujani dengan ‘rumors’ DS Hishammuddin dan DS Azmin Ali digambarkan akan mengetuai pentadbiran negara. Malah sebuah artikel walaupun ia berbentuk rumors namun telah menarik perhatian rakyat pelbagai kaum.

Apakah signal isu ini kepada UMNO, khususnya kepada Presiden UMNO?

Persoalan ini sangat menarik difikirkan kerana nampaknya Presiden UMNO gagal membaca signal ini.

Keterujaaan rakyat kepada nama Hishammuddin minggu ini adalah elemen menarik dan satu nafas baharu kepada perjuangan UMNO. Paling penting UMNO boleh diterima kembali dan mendapat kerusi terbanyak dalam PRU-15 kelak.

Malangnya signal ini samada disedari atau sengaja Presiden UMNO tidak menghiraukannya bakal menjadi malapetaka yang besar kepada UMNO. Lihatlah mana-mana undian yang dibuat oleh mana-mana center of study, Presiden UMNO Zahid Hamidi mendapat undi paling tercorot. Tidak ada satu studi yang memberi gambaran Zahid mampu mengembalikan kegemilangan UMNO.

Saya sangat hairan kenapa Zahid tidak punya jiwa besar seperti Dato Onn Jaafar yang menyerahkan kuasa kepada Tunku apabila Dato Onn Jaafar menyedari kepimpinanannya ketika itu tidak lagi dapat diterima. Begitu juga Tunku Abdul Rahman, pada awal pagi bulan Febuari, 1971 mengunjungi DYMM SPB YDA untuk meletak jawatan dan seterusnya mencadangkan nama Tun Razak sebagai penggantinya.

Malahan DS Najib Tun Razak apabila menyedari tidak lagi sesuai memimpin UMNO menyerahkan kuasa kepimpinan kepada Zahid sendiri yang ketika itu belum disabit dengan kes-kes yang dihadapinya. Hari ini, kes-kes tersebut sedang berlangsung di mahkamah dan amatlah sukar Zahid boleh fokus kepada PRU15.

Maka itu saya ingin mencadangkan supaya Zahid berundur dengan kadar segera dan berikan kepimpinan kepada pemimpin-pemimpin UMNO lain yang lebih sesuai dengan keadaan, signifikan dengan situasi politik semasa dan mengujakan kepada rakyat. Itupun kalua Zahid benar-benar mahu UMNO kembali memerintah! Salah seorang daripadanya ialah Hishammuddin selain Tok Mat, Tok Mail malah Annuar Musa yg dipinggirkan UMNO sendiri menunjuk kemampuan luar biasa mengemudi Kementerian Wilayah.

Hishammuddin kita tahu ada sejarah besar yang dibawanya melalui ketokohan Dato Onn Jaafar dan ayahandanya Tun Hussien Onn. Tiga generasi ini sangat dekat dihati rakyat, ada ‘winsdom’, ada aura dan rakyat sangat teruja.

Rakyat mahukan pembaharuan kepimpinan dalam UMNO, bukan kepimpinan yang menghadapi kesukaran peribadi yang dipagari berantai-rantai dawai berduri untuk maju ke hadapan.

Sebagai seorang ‘political sains’, saya perlu berterus-terang di sini.

Jika UMNO kekal dengan kepimpinan yang ada sekarang, saya dan ramai lagi ‘academic expert’ meramalkan UMNO akan bertahan dengan hanya lebih kurang 20 kerusi sahaja. Sebab apa? Kerana kepimpinan UMNO tidak membaca signal-signal rakyat dengan betul.

Dr. Zach,
Political Sains,
Putrajaya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat