Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan (YDP) Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 9 Jun lalu.

Dipercayai salinan 114 SD tersebut merupakan salah satu daripada dua dokumen yang Anwar Ibrahim serah kepada Baginda.

SuaraTV dimaklumkan selain daripada isu pembukaan Parlimen, ekonomi dan vaksinasi, isu SD adalah antara agenda yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang tersebut. Bagaimanapun tiada pengesahan dari pihak Istana pada masa ini.

Menurut sumber, jumlah 114 SD tersebut ada yang baharu ditandatangani minggu lalu dan ada juga yang merupakan SD lama. SD tersebut dikatakan turut merangkumi ahli Parlimen UMNO dan Warisan.

Sementara itu sumber parti Warisan menyatakan tiada ahli Parlimen mereka memberi sokongan kepada Anwar pada masa kini.

“Jika benar ada SD ahli Parlimen Warisan dalam senarai Anwar ia mungkin SD pada tahun lepas. Pada masa ini semua ahli Parlimen Warisan bersama Datuk Seri Shafie Apdal tidak akan menyokong Anwar.” kata sumber terbabit kepada kami.

Manakala seorang ahli Parlimen UMNO memberi tahu Suara TV terdapat usaha mendapatkan SD baharu daripada ahli Parlimen UMNO pada minggu lalu.

“Seorang bekas Ahli Parlimen UMNO yang kalah dalam PRU lalu antara yang menggerakkan usaha terbaharu Anwar bagi memujuk Ahli Parlimen UMNO,” kata Ahli Parlimen UMNO tersebut kepada SuaraTV beberapa hari sebelum pertemuan YDP Agong dengan pemimpin-pemimpin parti politik.

Portal pro-Anwar Ibrahim, The Vibes, turut menggesa YDP Agong membenarkan proses demokrasi dan perubahan kepimpinan berlaku sekarang.

Portal tersebut memetik kenyataan penasihat editorial mereka, Datuk Ahiruddin Atan, sebagai berkata,

“With Parliament in session, the MPs who are representatives of the people can decide at the Dewan Rakyat (or even outside Parliament, as precedence would show) who should lead them from now till the next general election.

“Let them pick the one among them who should be the new prime minister,”

Ahirudin Attan adalah Penasihat Eksekutif kepada Pengerusi dan Pengarah Eksekutif PETRA News, Datuk Vinod Shektar. Vinod diketahui sebagai ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim.

Di pihak kerajaan pula dikatakan terdapat usaha memulakan satu kutipan SD baharu bagi membuktikan kepada YDP Agong bahawa Perdana Menteri masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen. – SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat