Bil TNB & Keresahan Rakyat

- Advertisement -

Oleh: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Menerima banyak rungutan dan aduan dari rakyat beberapa hari ini berkaitan rasa tidak puas hati setelah menerima bil TNB yang dilihat ‘tinggi’ sama ada di kawasan perumahan mahupun bangunan komersial.

Kita semua sedia maklum sumbangan besar yang pihak TNB berikan kepada kita semua dan negara selama menghadapi tempoh PKP akibat wabak Covid-19. Terima kasih TNB.

Walaupun sudah ada penjelasan dari TNB tetapi ianya masih tidak cukup untuk memenuhi kegelisahan rakyat. Penjelasan perlu diteruskan dengan lebih mudah atau tindakan penghantaran tiga bil bulanan yang tidak dilihat lebih rendah dan difahami. Apa sahaja bagi meredakan isu ini.

Jangan kerana kita sudah menjadi kerajaan, rakyat melihat mereka mahu dipermainkan. Ini sudah tentu bukan hasrat kerajaan sekarang. Jangan kita tambah bebanan rakyat yang sedang mengalami kesulitan ketika ini.

Namun rakyat juga harus faham, tugas dan bebanan yang dihadapi oleh TNB selaku penyedia tunggal bekalan elektrik di dalam negara ini. Jangan ada prasangka bahawa TNB mahu kenakan mereka. Jauh sekali mahu aniaya mereka. Marilah kita selesai isu ini segera. Bahkan saya yakin rakyat pasti akan berkorban untuk negara jika kita berlaku adil kepada mereka. Jika kena caranya, rakyat amat memahami, begitulah sebaliknya.

#KitaJagaKita
#UMNOBangkit
#MalaysiaBangkit
#SamaSamaKitaBinaNegaraIniSemula

* Penulis ialah Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat