Patuh SOP, Topeng Muka Percuma Untuk Semua Pelanggan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Keputusan kerajaan membuka kembali beberapa sektor ekonomi secara berperingkat disambut baik masyarakat di negara ini.

Tinjauan SuaraTV mendapati masyarakat mula mengunjungi pusat beli-belah sebagai persediaan menyediakan kelengkapan untuk menyambut kedatangan Syawal.

Atas sebab itu, gedung tekstil Kumpulan Jakel berkata pihaknya telah menyediakan peruntukan yang besar bagi memastikan keselamatan para pelanggannya terus terjamin.

Menurut Pengurus Keselamatan, Abdul Aziz Omar walaupun operasi ekonomi telah dibuka semula secara berperingkat namun faktor keselamatan tidak harus diabaikan.

“Semua pelanggan yang masuk diwajibkan untuk lakukan pemeriksaan suhu badan terlebih dahulu, dan sekiranya berada dibawah 38 baru mereka dibenarkan untuk masuk ke permis kami.

“Seterusnya semua pelanggan diwajibkan untuk memberikan kad pengenalan mereka untuk direkod bagi memudahkan pihak kami untuk menghubungi mereka sekiranya berlaku sebarang kemungkinan,” jelasnya.

Abdul Aziz turut menjelaskan tidak cukup dengan itu, pihaknya turut menyediakan hampir 100 ribu topeng muka untuk diedarkan secara percuma .

“Pelanggan juga akan diberikan gel sanitiser kepada pelanggan untuk membersihkan tangan dan diri mereka dari sebarang kuman yang boleh membahayakan orang lain.

“Terakhir semua pelanggan akan diberikan topeng muka secara percuma dan diwajidkan untuk memakainya selama mana mereka berada di permis kami bagi memastikan keselamatan semua pelanggan terjamin dan bebas dari sebarang jangkitan,” tegasnya lagi.

Kerajaan sebelum ini membenarkan beberapa sektor ekonomi termasuk operasi pusat beli-belah, restoran, kilang, gerai makanan, hentian rehat dan rawat (R&R), premis dobi layan diri dan aktiviti riadah untuk kembali beroperasi dengan beberapa syarat pengoperasian yang perlu dipatuhi.

Selain itu, waktu operasi juga kembali mengikut kebenaran lesen sedia ada sebagai mana kelulusan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Keputusan itu dicapai selepas kerajaan mengkaji, memperhalusi dan melakukan pengubahsuaian wajar ke atas prosedur operasi standard (SOP) berkaitan.

Menurutnya, keputusan itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada premis yang berada dalam kawasan zon hijau selain mematuhi syarat-syarat am operasi termasuk pekerja bebas jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan.

Keputusan kerajaan itu dibuat selepas berunding dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH).

Ia bagi merancakkan kembali sektor ekonomi negara yang terjejas teruk khususnya yang melibatkan perniagaan kecil dan sederhana. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat