Najib Dedah Punca Sebenar Krisis Ekonomi 1997-1998

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dakwaan bekas Perdana Menteri ke 4 dan 7 (serta 7i), Tun Mahathir Mohamad semalam bahawa penyangak matawang, George Soros menjadi punca krisis ekonomi Malaysia tahun 1997-1998 dulu, menarik perhatian Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana menurut Najib,  Tun Mahathir telah lama ‘mengampunkan’ Soros  semasa beliau meminta bantuan dari ‘penyangak’ itu.

Melalui laman Facebooknya Najib mendakwa, “Tapi dia pun dah lama ampunkan “penyangak matawang” tersebut semasa dia meminta bantuan dari penyangak itu beberapa tahun sambil mengumumkan penyangak bukan penyebab krisis tahun 1997.

Dr M clears Soros of ’97 crisis
https://www.thestar.com.my/news/nation/2006/12/16/dr-m-clears-soros-of-97-crisis/”.

Selepas itu Soros tidak lagi digelar sebagai penyangak kerana telah diampunkan oleh PM ke-4, katanya lagi.

Begitupun, pendedahan Najib yang seterusnya ini mengenai punca sebenar krisis tersebut, menarik perhatian.

“Sebenarnya, krisis ekonomi Malaysia tahun 1997-1998 bukan disebabkan oleh “penyangak matawang” seperti dituduh PM ke-4″, kata Najib.

Jelas beliau, “Punca dan penyebabnya adalah dari dasar-dasar ekonomi dan kewangan masa itu yang lebih mementingkan permainan dan perjudian pasaran saham, banyak meminjam dalam matawang asing dari negara-negara asing serta kerajaan yang mengamalkan dasar defisit berkembar iaitu defisit akaun semasa dan defisit akaun dagangan antarabangsa”.

Keadaan ini kata Najib, “dirumitkan lagi  akibat rizab asing negara yang amat rendah akibat skandal forex BNM tahun 1992-1994 yang menyebabkan hampir rizab sebanyak 20% dari KDNK negara lesap di mana satu sen tak pernah dikembalikan – sehingga negara kurang kemampuan bertahan apabila matawang jatuh”.

“Pemain matawang cuma ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan masa itu”.

Ujar Najib, “Sebab itu bukan semua negara-negara di Asia terkesan dalam krisis ekonomi tahun 1997-1998”.

Jelasnya lagi, negara-negara  seperti Singapura, Brunei serta Filipina kurang terkesan masa itu. Hanya negara yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan diatas sahaja yang menerima kesan.

Negara kita juga kata Najib, tidak lagi diserang penyangak matawang sejak tahun 1997 ataupun berjaya bertahan apabila terdapat cubaan baru ke atas matawang negara.

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat