Polis Kesan Penduduk 13 Lokaliti PKPD Di Sabah Larikan Diri

TAWAU – Pasukan pemantau polis akan menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi mengesan penduduk yang melarikan diri dari 13 lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pihaknya akan mendapatkan senarai penduduk berdaftar yang tinggal di 13 lokaliti terbabit bagi tujuan pengesanan.

“Selain itu kita juga ada pasukan bersepadu yang diarahkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) untuk tujuan sama, mengenal pasti serta mengesan penduduk yang melarikan diri dari lokaliti PKPD.

“Penduduk (melarikan diri) ini nanti akan diarah menjalani ujian saringan Covid-19 serta kuarantin di pusat kuarantin sedia ada, niat kita hanya mahu memastikan kes Covid-19 ini ditangani dan tidak merebak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan lokaliti PKPD di Bandar Sri Indah di sini pada Selasa.

Sejak 1 April sehingga kini terdapat 13 lokaliti PKPD diaktifkan di Tawau membabit 17,804 penduduk.

Lokaliti itu adalah Kampung Ranggu Batu 10; Fasa 2 Taman Semarak; Kampung Baru Pasir Putih; Kampung Simpang 3A Merotai Besar; Kampung Muhibbah Raya; Bandar Sri Indah; Taman Sri Bukit Tawau; Taman Cahaya; Jalan Tengku Osman; Kuarters Bomba Tawau; Jalan Mesra dan Kampung Titingan serta Taman Golden Hill.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran berkata tindakan penghuni meninggalkan rumah selepas pengumuman PKPD adalah tidak bertanggungjawab kerana berisiko menjadi penyebar Covid-19 ke kawasan lain.

“Sebab itu tindakan perlu ada untuk penghuni ingkar PKPD ini termasuk mereka perlu membuat ujian calitan dan menjalani kuarantin,” katanya.

Navindran turut berharap semua penduduk di kawasan PKPD memberi kerjasama dengan menjalani ujian saringan Covid-19 agar keputusan dapat diperoleh segera dan PKPD boleh ditamatkan lebih awal jika lokaliti berkenaan diisytiharkan selamat. – Bernama

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan...

Berita Berkaitan

Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa Satu Tindakan Keji Dan Tidak Berperikemanusian – Exco Pemuda UMNO

CYBERJAYA: Exco Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin mengecam serangan Tentera Israel terhadap umat Islam Palestin yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis tanpa...

Malaysia Kecam Pencerobohan Dan Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis. Ketegasan Malaysia itu disuarakan oleh Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin...

Pahang Sumbang RM10,000 Ringankan Bebanan Siti Sarah

RAUB: Kerajaan negeri Pahang menyumbang sebanyak RM10, 000 untuk membantu adik Siti Sarah Ishak yang telah menjalani pembedahan jantung kali ke-2 di Hospital CVSKL...