Lawatan Kerja Ke Madinah Ditaja Sepenuhnya MWL – Zulkifli

MADINAH, – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa lawatan kerjanya ke Arab Saudi yang bermula Jumaat lepas, ditaja sepenuhnya Liga Dunia Islam (MWL).

Zulkifli turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau menyalahguna dana kerajaan ketika melakukan lawatan itu.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebooknya, selepas tular video di laman media sosial berhubung delegasinya menaiki pesawat khas ketika lawatan itu.

“Saya menaiki penerbangan SAUDIA Airlines dari Kuala Lumpur ke Riyadh, sama seperti penumpang lain…penerbangan daripada Riyadh ke Madinah seperti dalam video itu diuruskan sepenuhnya oleh MWL,” katanya.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata beliau dijemput untuk ke Madinah dengan menaiki pesawat khas sejurus selepas Gabenor Madinah Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud mengetahui bahawa beliau seorang Menteri berkelulusan Universiti Islam Madinah.

“Ini berikutan jemputan Diraja oleh Gabenor Madinah, Yang Mulia Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud kepada saya untuk bertemu baginda di Madinah,” katanya.

“Baginda amat sukacita apabila mendapat tahu ada seorang Menteri daripada Malaysia, berkelulusan Universiti Islam Madinah, telah datang ke Arab Saudi atas urusan negara. Atas sebab itulah jemputan diraja dizahirkan berserta dengan pesawat berkenaan…begitulah sebagaimana yang saya dimaklumkan,” katanya.

Dalam pada itu Zulkifli berpandangan bahawa tajaan lawatan itu merupakan tanda penghormatan kerajaan Arab Saudi dan pihak MWL kepada kerajaan Malaysia.

MWL yang ditubuhkan pada 1962 merupakan sebuah badan bukan kerajaan Islam yang berpangkalan di Makkah, dibiayai sepenuhnya kerajaan Arab Saudi.

Lawatan yang bermula Jumaat lepas hingga 18 April ini bertujuan memperkukuh kerjasama dalam hal ehwal Islam serta ibadah haji dan umrah sebagaimana yang dimeterai dalam memorandum persefahaman (MoU) hasil kunjungan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lepas. – Bernama

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...

Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes...