Kedai Makan, Perkhidmatan Penghantaran Dibenarkan Sehingga Pukul 6 Pagi Sepanjang Ramadan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan kedai makan, warung, gerai, perkhidmatan penghantaran makanan dilanjutkan sehingga pukul 6 pagi sepanjang bulan Ramadan.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kebenaran itu diberikan bagi memudahkan golongan bujang mendapatkan makanan pada waktu sahur.

“Keperluan makanan untuk bersahur, terutama melibatkan warga bujang sebelum ini operasi di kedai makan dihadkan dari jam 6 pagi sehingga jam 12 tengah malam.

“Selepas mengambil kira semua pandangan serta keperluan orang bujang mendapatkan makanan bersahur, maka mesyuarat bersetuju semua restoran, warung, gerai kedai makan atau kedai kopi serta perkhidmatan makanan dilanjutkan sehingga selepas waktu sahur iaitu sehingga jam 6.00 pagi,” jelasnya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Isnin.

Bagaimanapun, tegas beliau, setiap premis perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti sebelum ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara juga bersetuju majlis berbuka puasa serta aktiviti beribadah dilaksanakan ketika bulan Ramadan.

“Bilangan kehadiran di kawasan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat), kita benarkan dengan syarat ada SOP tentang kedudukan meja dua meter jarak itu dipatuhi.

“Untuk majlis berbuka puasa sama ada di pejabat atau dalam dewan, di kawasan PKPB perlu 50 peratus daripada kapasiti sebenar manakala PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) 100 peratus mesti mempunyai penjarakan sosial,” katanya lagi.

Sementara, bagi aktiviti solat sunat Terawih di masjid dan surau pula, jelas Ismail Sabri, perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat