Rayuan Kes SRC Najib Masuk Minggu Kedua

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd diteruskan jam 9 pagi ini.

Ahli Parlimen Pekan itu dilihat tiba di pekarangan Istana Kehakiman pada jam 8.51 pagi, diiringi peguam dan pembantu beliau.

Terdahulu, salah seorang pegawai beliau memaklumkan barisan pembeleaan akan memohon mahkamah untuk penggulungan hujah pembelaan kes kira-kira jam 1 petang ini

Sejurus itu, satu sidang media dijangka diadakan.

Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan kepastian sama ada sidang media itu akan turut dihadiri Najib atau hanya diberikan oleh barisan pembelaan yang diwakili peguamnya.

Dalam perbicaraan rayuan pada Isnin, Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa Najib tidak tahu wang dalam akaun bank beliau dipindah masuk daripada SRC International Sdn Bhd.

Ini kerana bekas perdana menteri itu, pada sepanjang masa, percaya bahawa wang dalam akaun AmBank beliau merupakan baki daripada sumbangan keluarga diraja Arab Saudi.

Untuk rekod, pendengaran rayuan itu ditetapkan selama 12 hari iaitu pada 5 hingga 8 April, 12 hingga 15 April dan 19 hingga 22 April.

Rayuan bekas Presiden UMNO itu yang sepatutnya didengar pada 15 Februari lalu diganti dengan tarikh baharu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,575FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat