ASUS Perkenal Monitor VU Air Ionizer – Skrin Canggih dengan Penapis Udara?

- Advertisement -

TAIPEI, 10 Mac 2025 – ASUS mengumumkan siri monitor VU Air Ionizer, inovasi terkini yang menggabungkan teknologi paparan moden dengan sistem penulen udara terbina. Model VU249HFI-W (23.8 inci), VU279HFI-W (27 inci), dan model premium VU34WCIP-W (34 inci, melengkung 1500R) menawarkan resolusi Full HD (FHD) IPS, kadar segar semula 100Hz, serta 1ms Moving Picture Response Time (MPRT) untuk pengalaman visual yang lancar dan jelas.

Lebih menarik, setiap model dilengkapi ionizer udara berkuasa nano-ion, yang mampu menyingkirkan 90% habuk dalam masa tiga jam. Selain itu, ASUS turut menampilkan teknologi Low Blue Light & Flicker-Free yang diperakui TÜV Rheinland bagi mengurangkan ketegangan mata.


Udara Lebih Bersih dengan Teknologi Nano-Ion

Setiap monitor dalam siri ini menampilkan ionizer udara terbina yang direka untuk menapis udara di sekeliling pengguna. Dengan liputan sehingga 1m³, ia berkesan menyingkirkan pollen, alergen, dan habuk tanpa memerlukan penapis tambahan. Ini menjadikannya pilihan terbaik untuk meningkatkan keselesaan semasa bekerja atau bermain game.


Prestasi Skrin Lanjutan dengan SmoothMotion

 

Bagi memastikan paparan yang lebih lancar, ASUS membekalkan teknologi SmoothMotion dengan kadar segar semula 100Hz dan masa tindak balas 1ms MPRT.

VU249HFI-W & VU279HFI-W: Panel IPS dengan sudut pandangan 178°, memastikan warna lebih konsisten dari sebarang sudut.

VU34WCIP-W: Skrin ultrawide 34 inci (21:9) memberikan 35% lebih ruang skrin, ideal untuk multitasking dan pengalaman tontonan yang lebih imersif.


Teknologi Eye Care Plus untuk Keselesaan Mata

ASUS memperkenalkan Eye Care Plus, gabungan ciri seperti:

Low Blue Light & Flicker-Free (TÜV Rheinland) – Mengurangkan keletihan mata

Color Augmentation – Membantu pengguna dengan masalah penglihatan warna

Rest Reminder – Peringatan rehat bagi mengurangkan ketegangan mata


Pembungkusan Mesra Alam & Boleh Diguna Semula

Menariknya, kotak pembungkusan monitor ini boleh diubah menjadi aksesori pejabat seperti:

Pemegang telefon

Organiser meja

Penyangga laptop (untuk postur lebih baik)

Model VU34WCIP-W menawarkan lebih fleksibiliti dengan tambahan pemegang fail untuk ruang kerja yang lebih kemas.


Kesimpulan

Siri ASUS VU Air Ionizer bukan sekadar monitor biasa. Ia menggabungkan teknologi paparan canggih, keselesaan mata, dan pembersihan udara, menjadikannya pilihan terbaik bagi mereka yang mengutamakan kesihatan & produktiviti dalam satu pakej.

 

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat