Enam Ahli Parlimen Bersatu dipecat, termasuk Wan Ahmad Fayhsal

KUALA LUMPUR, – Krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semakin memuncak apabila empat lagi Ahli Parlimennya dipecat hari ini, menjadikan keseluruhan enam wakil rakyat parti itu hilang keahlian dalam tempoh terdekat.

Empat yang diumumkan hari ini ialah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang sebelum ini pernah digantung keahlian; Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azman Nasrudin; serta Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.

Sebelum ini, BERSATU turut memecat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah.

Menurut sumber parti, keputusan pemecatan dibuat oleh Lembaga Disiplin selepas mendapati mereka melanggar peruntukan tertentu dalam Perlembagaan parti.

Notis pemecatan berkuat kuasa serta-merta, namun individu terlibat difahamkan masih mempunyai ruang untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 14 hari.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat