Perpaduan dan muafakat jadi teras, Annuar tawar MN sebagai jambatan damai

KUALA LUMPUR, — Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa menyeru semua pihak yang terlibat dalam sebarang pertelingkahan dalaman organisasi supaya kembali mencari jalan damai dan memperkukuh muafakat demi kepentingan negara dan rakyat.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau memaklumkan bahawa Muafakat Nasional (MN) telah mengadakan retreat di RIMBARA, Janda Baik pada 12 Februari 2026 yang turut diisi dengan solat hajat serta doa khusus bagi memohon perpaduan dan kesatuan dalam kalangan rakyat, khususnya organisasi orang Melayu dan umat Islam.

Menurut beliau, tanpa merujuk kepada mana-mana pihak secara khusus dan tanpa niat mencampuri urusan dalaman mana-mana organisasi, MN menyeru semua yang terlibat dalam konflik agar bersungguh-sungguh mencari penyelesaian dalam kerangka peraturan organisasi masing-masing.

“MN berharap masalah intra atau dalaman organisasi dapat diselesaikan dengan baik dan memberi keutamaan ke arah mengukuhkan muafakat antara organisasi,” katanya.

Annuar turut memaklumkan bahawa MN bersedia menawarkan diri, sekiranya perlu dan sesuai, untuk menjadi “tali dan jambatan” ke arah memperkukuh muafakat dan perpaduan.

Beliau menegaskan bahawa hanya melalui muafakat dan perpaduan, negara dapat dibina dengan lebih makmur serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Mengakhiri kenyataan tersebut, beliau mengingatkan semua pihak agar “membuang yang keruh, mengambil yang jernih” serta mendahulukan kepentingan negara dan rakyat mengatasi segala perbezaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat