ARMADA hormati keputusan Lembaga Disiplin, tegas disiplin dalaman parti mesti dipelihara

KUALA LUMPUR, – Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) menyatakan pendirian menghormati keputusan tegas yang dibuat oleh Lembaga Disiplin parti dan menegaskan bahawa disiplin dalaman mesti terus dipelihara demi kelangsungan perjuangan.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Ketua Penerangan ARMADA, Harris Idaham Rashid berkata keputusan tersebut membuktikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak pernah berkompromi terhadap mana-mana pimpinan mahupun ahli yang secara jelas melanggar Perlembagaan parti serta tatakelakuan sebagai anggota.

“Ini menunjukkan BERSATU tidak pernah berkompromi terhadap mana-mana pimpinan dan ahli yang secara jelas melanggar Perlembagaan dan tatakelakuan sebagai ahli,” katanya.

Beliau menegaskan semua kepimpinan dan ahli BERSATU, khususnya sayap ARMADA, wajib mengambil iktibar daripada peristiwa berkenaan dengan memelihara disiplin, tatakelakuan serta tertib sebagai ahli parti.

Menurutnya, sebarang usaha yang menggugat kestabilan parti bukan sahaja mencabar struktur organisasi, malah merupakan satu bentuk pengkhianatan terhadap wadah perjuangan yang dibina bersama.

“Sebarang usaha mengugat kestabilan parti jelas merupakan satu pengkhianatan terhadap wadah perjuangan ini,” tegas beliau.

ARMADA turut menyatakan komitmen untuk kekal teguh bersama kepimpinan parti dalam usaha memperkukuh dan memantapkan organisasi, sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat