Pindaan Akta Perhimpunan Aman wajar patuhi standard hak asasi manusia antarabangsa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pindaan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 perlu menjadi bukti bahawa kerajaan bukan sahaja menghormati tetapi juga komited untuk memperkasa hak rakyat dalam menyuarakan pandangan mereka tanpa rasa takut.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH menyambut baik dan bersetuju dengan keputusan kerajaan meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) disifatkan sebagai tepat pada masanya bagi memastikan hak rakyat berhimpun secara aman dilindungi sepenuhnya selaras dengan prinsip demokrasi.

“BERSIH menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini mengenai hasrat kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) dengan menghapuskan keperluan persetujuan pemilik tempat perhimpunan di bawah Seksyen 11 Akta 736.

“Langkah ini adalah tepat pada masanya untuk memastikan hak rakyat berhimpun secara aman dilindungi sepenuhnya dan selaras dengan prinsip demokrasi.

“Bersih turut mengalu-alukan jaminan kerajaan bahawa tiada tindakan yang bakal diambil ke atas mahasiswa yang terlibat dalam penganjuran Himpunan Anti Rasuah, mogok lapar serta bantahan terhadap SOSMA baru-baru ini,” katanya.

Namun, BERSIH menegaskan bahawa proses pindaan ini perlu dilaksanakan dengan melibatkan konsultasi dengan semua pihak berkepentingan, termasuk NGO, pejuang hak asasi manusia, ahli akademik, dan masyarakat sivil.

“Penyertaan pemegang taruh ini penting bagi memastikan pindaan yang dibuat mencerminkan kehendak dan keperluan rakyat serta mematuhi standard hak asasi manusia antarabangsa.

“Selain itu, BERSIH menyeru kerajaan untuk bukan sahaja menghentikan siasatan terhadap perhimpunan-perhimpunan yang telah diadakan sebelum ini, tetapi juga menghentikan segala bentuk intimidasi terhadap aktivis dan pejuang hak asasi manusia.

“Gangguan berterusan pihak polis seperti yang berlaku terhadap Pengarah Eksekutif SUARAM semalam tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan benar-benar komited untuk melindungi hak bersuara dan berhimpun,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat