Tahniah Pemuda Umno, tak kendur dengan cadangan Kor Ming – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS mengucapkan tahniah kepada Pemuda Umno kerana tidak kendur mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera berkaitan cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dalam pencalonan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari malah mengingatkan supaya lebih ramai bersuara seperti Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh supaya tiada lagi pihak yang berani menimbulkan isu-isu sensitif lagi.

“Tahniah Pemuda Umno, tak undur dalam isu ini.

“Kena lebih ramai pihak yang bersuara seperti ini agar tiada pihak yang berani menimbulkan isu-isu sensitif lagi,” kata Fadhli.

Terdahulu, Pemuda Umno menegaskan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bahawa tiada apa perlu dibincangkan lagi berkaitan cadangan pencalonan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh sebaliknya mengingatkan untuk mengajar Kor Ming mengenai sejarah Tanah Melayu dan Perlembagaan Persekutuan.

“Tiada apa yang perlu dibincangkan lagi. Tiada keperluan untuk cadangan ini dan fullstop!

“Jika nak jumpa boleh, tetapi kami nak ajar YB menteri (Kor Ming) mengenai sejarah Tanah Melayu dan Perlembagaan Malaysia sekali.

“Jika YB setuju,let’s find a date! tegas Dr Akmal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat