RM70,000 Peruntukkan Bantuan Persekolahan YBR Di Negeri Selangor

- Advertisement -

SELANGOR – Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan persekolahan bernilai RM70,000 kepada 700 murid sekolah rendah dan menengah di Shah Alam, Puchong dan Kota Raja sempena dengan pembukaan semula sesi persekolahan pada bulan Mac akan datang.

Penyampaian replika cek bantuan persekolahan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi YBR, Datuk Wira Megat
Zulkarnain Tan Sri Omardin kepada Datuk Azahari Dato Shaari selaku Penasihat Kelab Mawarku Shah Alam.

Turut hadir, Syaiful Rizal Abdul Ghani Ketua Bahagian Operasi Menanggung Tugas Pengurus Besar YBR, serta Mohamad Ghazali Zainal Abidin Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR.

Sementara itu, Megat Zulkarnain berkata, sumbangan ini juga diharapkan dapat membantu mereka terutamanya
yang berada dikalangan keluarga B40 bagi meringankan urusan kewangan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan bagi pembelian set baju, kasut dan stoking atau beg sekolah mengikut kesesuaian masing-masing.

Cakna dengan situasi masyarakat yang terkesan akibat gelombang Covid-19 yang melanda sejak dua tahun ini dan melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu, bantuan persekolahan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 bagi persiapan persekolahan diharapkan akan dapat membantu ibu bapa atau penjaga
membuat persiapan awal untuk anak-anak dalam memulakan sesi akademik persekolahan 2022/2023.

“Bantuan yang disalurkan kepada mereka yang layak ini sedikit sebanyak dapat memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu serta
sebagai tanda ikhlas YBR dalam membantu mereka yang memerlukan dalam meneruskan kehidupan,” katanya.

Untuk makluman sehingga kini, seramai 39,397 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM5.12 juta sejak dari tahun 2018

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat