Wakil Belia Felda Akan Dilantik Ahli Lembaga Pengarah Felda – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju supaya belia Felda melantik wakil mereka sebagai ahli lembaga pengarah FELDA bagi bersama-sama membangunkan FELDA.

Menurutnya, belia merupakan aset kepada negara dan idea-idea baharu mereka amat penting bagi membangunkan tanah air ini.

Katanya lagi, golongan belia ini bakal menentukan masa depan negara dan perlu dipersiapkan dengan peribadi yang mantap dari segi rohani dan jasmani.

Dalam pada itu Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan kepada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) sebanyak  RM300 ribu, Kami Anak Felda (KAF) RM200 ribu dan Sekretariat Permuafakatan Siswa/Siswi FELDA  (PERSADA) sebanyak RM100 ribu.

“Golongan belia menentukan masa depan negara. Oleh yang demikian, golongan belia perlu dipersiapkan dengan peribadi yang mantap dari segi rohani dan jasmani.

“Belia sebagai aset negara bukan sekadar retorik. Jika kita percaya aset sebagai harta khazanah tak ternilai, maka seperti itulah kita harus memberi nilai tambah berkenaan kepada diri.

“Saya amat berharap MBFM, KAF dan PERSADA memberikan contoh terbaik kepada golongan belia bukan sahaja di FELDA tetapi juga seluruh negara. Jadikan platform ini untuk mengasah bakat kepimpinan kerana anda semua adalah pemimpin masa hadapan.

“Gunakan platform ini untuk menjadi rakan pembina (building partner) negara serta mampu berperanan sebagai pertubuhan belia yang memiliki model kemandiriannya sendiri seperti yang dicitacitakan dalam Dasar Belia Malaysia. Pertubuhan belia berdiri sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan.” kata Perdana Menteri di Majlis Makan Malam serta Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MBFM, KAF dan PERSAD, di sini, sebentar tadi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat