Polis Siasat Dakwaan Anggota Polis Ajak Wanita Berkenalan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat berhubung dakwaan gangguan wanita di sekatan jalan raya di Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, kes tersebut sedang disiasat oleh JIPS Pulau Pinang.

“Saya difahamkan kejadian berlaku di SJR Pulau Pinang berhubung anggota polis meminta nombor telefon seorang pemandu wanita, kemudian menghubunginya untuk berkenalan,” katanya pada Sabtu.

Wanita tersebut sebelum ini menceritakan bahawa dia ditahan di sekatan jalan di mana seorang anggota polis yang bertugas menahannya dan mencatat maklumat peribadinya termasuk nombor telefon.

Selepas memaklumkan dia hendak pergi membeli barang, dia dibenarkan beredar. Namun, menurutnya, dia kemudian dihubungi oleh seseorang yang mendakwa merupakan anggota polis yang menahannya di sekatan jalan tadi.

Bertanya kenapa dia dihubungi, balasan yang diterima adalah: “Sajalah, nak kenal, boleh?”

Dalam ciapan berasingan, @nnnadzifah berkata dia tidak menyangka ciapannya sebelum ini mendapat perhatian sehinggan diulang ciap lebih 15,000 kali, termasuk oleh wanita lain yang berkongsi pengalaman peribadi mereka dengan anggota polis atau orang lain yang didakwa bertindak seumpamanya.

“Saya tidak menyangka perkara ini akan menjadi seserius ini.

“Saya tidak memadam (ciapan sebelum ini) kerana saya ingin memberikan maklumat untuk PDRM dari pengalaman orang lain (yang mereka kongsi melalui ciap balas)” katanya.

“Orang ramai boleh berhenti menanda PDRM kerana mereka menyedari perkara ini dan mereka sedang menyiasat,” katanya.

Namun, ada juga orang lain yang mempertahankan tindakan itu sebagai keikhlasan anggota polis itu berkenalan dengan wanita berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat