PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Hingga 1 Mac

- Advertisement -

KUCHING – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sarawak yang dijadual tamat esok akan dilanjutkan sehingga 1 Mac, demikian menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN dalam satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan PKPB itu juga berkuat kuasa di Bahagian Sibu yang sebelum ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga esok (14 Feb).

Keputusan itu diambil susulan keadaan semasa penularan jangkitan COVID-19 yang masih belum terkawal sepenuhnya di Sarawak, menurutnya.

JPBN yang bermesyuarat hari ini juga memutuskan bahawa pergerakan antara zon di dalam negeri ini adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak polis.

“(Selain itu) aktiviti ekonomi seperti pasar harian, pasar borong, pasar tani, pasar malam dan bazar larut malam di zon merah adalah tidak dibenarkan beroperasi,” menurut JPBN.

Sebanyak 152 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 6,425 kes. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat