Sarawak kini pemilik MASWings – Abang Johari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sarawak telah menyelesaikan urusan pengambilalihan MASwings Sdn Bhd ini sekali gus membuka jalan kepada negeri itu untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri, dedah Tan Sri Abang Johari Openg.

“MASwings beres (MASwings telah diselesaikan). Ini bermakna kami (Sarawak) telah mengambil alih MASwings,” katanya.

Premier Sarawak itu berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan khas sempena ulang tahun kelapan memegang jawatan Premier Sarawak.

Abang Johari berkata Sarawak telah memperoleh MASwings pada harga yang dipersetujui namun tidak didedahkannya.

Beliau berkata majlis menandatangani pengambilalihan itu akan berlangsung dalam masa sebulan, berkemungkinan di Kuching.

Ditanya mengenai nama baharu syarikat penerbangan itu, beliau berkata ia akan diumumkan selepas majlis menandatangani perjanjian itu.

Bulan lepas, Abang Johari berkata pengambilalihan Sarawak ke atas MASwings dijangka selesai pada suku pertama tahun ini, sementara menunggu penilaian aset MASwings, lapor The Star di Kuching pada Isnin.

Beliau berkata audit pihak ketiga telah ditugaskan untuk menentukan nilai yang sesuai, disebabkan perbezaan dalam penilaian aset oleh kerajaan negeri dan MASwings,’ syarikat induk Malaysia Aviation Group.

Dalam ucapan khasnya, Abang Johari berkata pengambilalihan MASwings akan meletakkan Sarawak sebagai pintu masuk ke Asean.

Beliau menambah bahawa ini akan meningkatkan perdagangan, pelancongan dan pelaburan dalam tempoh lima tahun akan datang.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat