PRN Johor masih berstatus desas-desus tapi Bersatu sentiasa siap sedia – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebaran ura-ura gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ditanggapi sama dengan khabar angin Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang sekadar dianggap desas-desus sahaja,” kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Bagaimanapun, Hamzah memaklumkan, Bersatu sentiasa bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan termasuk berhadapan dengan pilihan raya.

Hamzah malah menyifatkan perkara itu juga sama dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dikatakan akan diadakan tahun ini.

Sebagai Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah berkata, beliau sentiasa mengadakan mesyuarat dan memastikan rakyat tahu siapa untuk dipilih.

“Desas-desus ini bukan hanya di Johor tetapi juga pilihan raya umum akan dilakukan.

“Bila ketetapannya itu akan dibuat oleh mereka yang bertanggungjawab.

“Saya sebagai Setiausaha Agung Bersatu sentiasa mengadakan mesyuarat dan memastikan supaya rakyat tahu siapa untuk dipilih, kepimpinan lebih baik bagi kepentingan negara,” katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan dan Amanat Tahun Baharu Kementerian Dalam Negeri, pada Khamis.

Khabar angin pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan kepada PRN diadakan dalam masa terdekat semakin banyak diperkatakan.

Kelmarin, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dilaporkan berkata beliau tidak pernah mengumumkan sebarang keputusan untuk mengadakan PRN.

Menurutnya, kerajaan Johor masih memantau dan melihat keadaan semasa berhubung keperluan untuk mengadakan PRN.

Kerajaan Johor yang kini dipimpin Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai kelebihan satu kerusi susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian pada 21 Disember tahun lalu.

BN mempunyai 16 kerusi, Bersatu (11) dan Pas pula satu kerusi menjadikan keseluruhan 28 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) mempunyai 27 kerusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat