Mayat Lelaki Ditemui Tergantung Dalam Gereja Di Pulau Pinang

- Advertisement -

CYBERJAYA – Seorang lelaki ditemui mati tergantung di sebuah gereja terkemuka di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.

Memetik laporan MalaysiaGazette, mayat lelaki berusia 26 tahun warga Nepal itu ditemui orang awam sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa kira-kira jam 3.10 petang tadi.

Difahamkan mangsa bertindak menggantungkan dirinya dalam tandas di gereja tersebut.

Pihak berkuasa memaklumkan kejadian kepada majikan serta adiknya yang kini berada di Johor setelah identiti mangsa dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad mengesahkan kejadian tersebut.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya, dipetik dari laporan itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam dan bedah siasat akan dilakukan sebaik menerima keputusan ujian calitan Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,497FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat