TLDM Terima Sebuah Lagi Kapal LMS, Keselamatan Perairan Sabah Lebih Terjamin – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Keselamatan perairan negeri Sabah akan lebih terjamin menerusi penerimaan sebuah lagi Kapal Misi Pesisir (LMS), Rencong kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini, lapor HMetro.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, aset itu adalah LMS keempat yang diterima TLDM, selepas KD Keris, KD Sundang dan KD Badik.

Beliau berkata, penyerahan fizikal kapal LMS Rencong itu dilaksanakan pada 18 Disember lalu di Qidong, China.

Menurut beliau lagi, kapal LMS Rencong bakal ditauliah pada 28 Januari ini seterusnya menyertai Skuadron LMS Ke-11 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

“Misi utama skuadron kapal ini adalah bagi menangkis ancaman asimetri, pengawasan kawasan operasi, rondaan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), tugas-tugas sokongan kepada ‘Military Operation Other Than War’ (MOOTW) serta sebagai platform sokongan kepada tugasan dalam keadaan aman, konflik mahupun perang.

“LMS adalah satu daripada lima kelas kapal dalam Program Transformasi Armada ’15 to 5′. Kontrak perolehan empat LMS ini dimeterai di antara Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) pada 23 Mac 2017 dengan kerjasama ‘China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd’ (CSOC),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas hari ini selepas sesi taklimat sempena lawatan kerjanya di Markas Divisyen Kelima Infantri Kem Lok Kawi di sini, yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dan Panglima 5 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid.

Hishammuddin turut berkata, keempat-empat aset kapal LMS TLDM itu akan dimanfaatkan  sebaik mungkin bagi mengukuhkan lagi tahap keselamatan di kawasan perairan negeri itu.

“Ini termasuklah melalui peningkatan rondaan bagi menangani kegiatan jenayah rentas sempadan seperti kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati) melalui jalan laut serta menangani aktiviti pelanunan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat