Presiden UPKO pelawa MP UMNO sertai PH Plus, asalkan tiada kes mahkamah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Susulan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kian hilang sokongan, Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengajak wakil rakyat UMNO menyertai Pakatan Harapan (PH) Plus dengan syarat mereka bebas kes mahkamah.

Malah dijangkakan lebih ramai ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bakal menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Sebelum ini, UPKO merupakan parti komponen BN, namun sejak pilihan raya negeri (PRN) Sabah lalu, parti itu bersama Warisan menjadi sebahagian komponen PH Plus, yang turut dianggotai PKR, DAP dan Amanah.

“Kepada rakan Ahli Parlimen, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob,Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Tengku Razaleigh Hamzah dan kawan lama dalam BN yang tinggalkan Muhyiddin bukan kerana kes mahkamah, saya ingin mengajak kalian sertai kami dalam PH Plus bagi berbincang dasar alternatif pasca Muhyiddin dan pasca PN,” kata Ahli Parlimen Tuaran itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Wilfred berkata, Ahli Parlimen mempunyai tugas untuk menawarkan polisi demi kepentingan jutaan rakyat Malaysia yang kini menderita akibat langkah Muhyiddin ‘menyelamatkan jawatannya’ dengan mengisytiharkan darurat.

Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri menjadi wakil rakyat ketiga daripada UMNO yang mengumumkan keputusan menarik diri daripada menyokong Muhyiddin.

Tindakan ini menyebabkan PN kini menjadi kerajaan minoriti dengan hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen.

Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas itu turut membayangkan lebih ramai Ahli Parlimen UMNO akan membuat pengumuman sama dalam masa terdekat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat