PKP : TGV tutup 37 pawagam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: TGV Cinemas menutup 37 pawagam di seluruh negara bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula, tengah malam tadi.

TGV Cinemas dalam kenyataan menyebut syarikat menyokong setiap keputusan kerajaan dalam memutuskan rantaian COVID-19.

“Panggung wayang masih menjadi pilihan hiburan nombor satu rakyat Malaysia.

“Bagaimanapun, keselamatan dan kesihatan penonton menjadi keutamaan kami.

 

Ketika dibenarkan beroperasi dalam tempoh penularan COVID-19, TGV Cinemas sentiasa mengutamakan keselamatan penonton dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di  setiap pawagam kendaliannya. Foto IG TGV Cinemas
Ketika dibenarkan beroperasi dalam tempoh penularan COVID-19, TGV Cinemas sentiasa mengutamakan keselamatan penonton dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di setiap pawagam kendaliannya. Foto IG TGV Cinemas

 

“TGV Cinemas sentiasa memastikan pengunjung memperoleh pengalaman menyeronokkan dan ketenangan apabila berkunjung ke pawagam kami,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, TGV Cinemas akan sentiasa memantau keadaan dan bertindak mengikut situasi semasa apabila keadaan menjadi bertambah baik.

Mengikut kenyataan TGV Cinemas, penonton yang sudah membeli tiket sama ada di kaunter, kiosk atau secara online, akan dikembalikan wang mereka.

Bagi pembelian secara online, pemulangan wang dilakukan secara automatik manakala penonton yang membeli tiket di kaunter atau kiosk, boleh berurusan apabila premis dibuka semula.

Isnin lalu, kerajaan mengumumkan enam negeri diletakkan dalam PKP bagi tempoh 14 hari iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Selain itu, PKPB bagi tempoh sama akan dikenakan terhadap enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Dua negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak akan dilaksanakan PKPP bagi tempoh sama.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat