Rakaman dashcam ada beberapa pergerakan- polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Polis menganalisis lebih lanjut beberapa rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang diperoleh daripada pemilik kereta penghuni Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata penelitian awal yang dijalankan menunjukkan terdapat beberapa pergerakan dalam rakaman ‘dashcam’ berkenaan.

Katanya, polis perlu meneliti lebih lanjut semua rakaman yang diperolehi untuk menjuruskan dapatan kepada sesuatu yang boleh membantu siasatan.

“Memang terdapat pergerakan pada ‘dashcam’, namun kita perlu pertingkatkan video (supaya lebih jelas) sama ada individu atau objek lain.

“Buat masa ini, kita tidak boleh dedahkan lebih lanjut kerana siasatan masih berjalan,” lapor BH.

Mengenai proses siasatan di lokasi, Hussein berkata, polis masih meneruskan siasatan dengan menumpukan tempat mayat Zayn Rayyan Abdul Mattin ditemui.

Katanya, pasukan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibantu anggota bomba mengepam keluar air dari kawasan takungan air yang terdapat pada anak sungai berhampiran lokasi mayat kanak-kanak itu ditemui 6 Disember lalu.

“Kita mahu tengok dalam takungan air sama ada wujud bukti baharu, namun setakat ini tiada penemuan bukti baharu,” katanya.

Proses menyedut keluar air takungan dibantu anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh.

Tinjauan mendapati operasi meyedut keluar air takungan menggunakan mesin pengepam air dimulakan kira-kira jam 12.20 tengah hari namun dihentikan sementara cuaca hujan lebat.

Pasukan bomba meninggalkan lokasi sekitar jam 2.30 petang.

Ketika ditanya mengenai proses saringan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) beramai-ramai, Hussein berkata, jumlah individu yang disaring masih kekal 228 individu setakat ini.

“Kita masih menunggu keputusan ujian DNA yang dijangka akan diperoleh dalam dua atau tiga hari lagi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan polis menerima rakaman video kemera papan pemuka daripada pemilik yang meletakkan kenderaan mereka di Apartment Idaman.

Analisis dibuat terhadap video berkenaan bagi mengenal pasti petunjuk terhadap kematian Zayn Rayyan, 6.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat