Bagaimana Sejarah Akan Mengenang Ismail Sabri?

- Advertisement -

15 bulan bersama Ismail Sabri merupakan waktu yang singkat, namun sarat dengan bakti dan khidmat.

Malaysia akan selamanya mengenang Ismail Sabri sebagai negarawan ulung yang memimpin negara sewaktu krisis berangkai politik, kesihatan dan ekonomi.

Sebelum Ismail Sabri menghuni Perdana Putra, Malaysia sedang berhadapan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan.

Langkah Sheraton, pertukaran 2 Perdana Menteri dalam tempoh 3 tahun, katak politik dan penutupan Parlimen menyebabkan ketidakstabilan politik di dalam negera.

Agenda pertama Ismail Sabri ialah menyatukan pemimpin merentas parti melalui MOU Transformasi dan Kestabilan Politik.

MOU bersejarah ini merupakan yang pertama seumpanya dalam sejarah dan meletakkan noktah kepada krisis politik.

Parlimen yang sekian lama ditutup dan berjalan tanpa fungsi sepenuhnya telah dibuka bagi memenuhi kehendak demokrasi.

RUU Anti Lompat Parti berjaya diluluskan sekaligus menamatkan riwayat katak politik.

Akhirnya, krisis politik yang dilihat tidak berkesudahan berjaya dihentikan. Malaysia kembali stabil.

Namun, Malaysia masih belum boleh menarik nafas lega. Negara masih dilanda pandemik COVID-19 yang sudah meragut puluhan ribu nyawa.

Usai menstabilkan politik, fokus Ismail Sabri beralih kepada kesihatan.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) diperkasa. Prosedur operasi standard dikemas kini.

Bloomberg sendiri mengiktiraf Malaysia sebagai antara negara terbaik dunia dan yang terbaik di Asia Tenggara dalam pengurusan pandemik menerusi The Covid Resilience Ranking.

Melalui PICK, Malaysia berjaya mencapai imuniti kelompok pada 21 September 2021. Setakat hari ini, 84.2 peratus populasi negara telah menerima sekurang-kurangnya 2 dos vaksin.

Kali ini, Malaysia diiktiraf sebagai negara yang mempunyai pengurusan vaksin antara yang terbaik di dunia.

Akhirnya, negara berjaya beralih ke fasa endemik. Malaysia kembali stabil.

Kemudian, fokus beralih kepada pembinaan semula ekonomi.

Bermula 1 April, sektor ekonomi dibuka secara besar-besaran.

Jamin Kerja menjamin rakyat Malaysia untuk kembali bekerja.

Semarak Niaga pula menyemarakkan sektor perniagaan tempatan.

Dasar-dasar ekonomi yang progresif dan inklusif diperkenalkan.

Pertumbuhan KDNK negara pada suku kedua 2022 berkembang sebanyak 8.9 peratus, antara yang tertinggi di Asia.

Sebagai hadiah sebelum beliau meninggalkan Putrajaya, Ismail Sabri menghadiahkan pertumbuhan KDNK suku ketiga 2022 sebanyak 14.2 peratus, tertinggi di Asia Tenggara malah turut mengalahkan kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat.

Politik distabilkan. Kesihatan distabilkan. Ekonomi distabilkan.

Ini legasi Ismail Sabri yang tidak boleh dinafikan sesiapa.

Terima kasih Dato’ Sri! Terima kasih atas khidmat dan bakti. Kami akan selamanya mengenang Ismail Sabri sebagai Bapa Keluarga Malaysia.

Daripada:

Anak Malaysia, Kuala Lumpur

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat