PRU15: BN Perlu Beri Ruang Secukupnya Kepada PM – Presiden MIC

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Parti MIC, menggesa Barisan Nasional (BN) memberi ruang yang secukupnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukan masa yang sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), gesa Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran.

Beliau juga meminta parti komponen BN – UMNO, MCA dan PBRS memberi mandat yang sama kepada Perdana Menteri.

katanya lagi, dia sudah berbincang dengan MCA dan PBRS dan sependapat untuk memberi mandat tersebut kepada Datuk Seri Ismail Sabri.

Dalam pada itu, MIC juga bersetuju dengan cadangan untuk memberi peluang kepada parti-parti ‘Friends of BN’ untuk bertanding dalam PRU15 kelak, namun ia harus berdasarkan pertimbangan yang munasabah.

” MIC ingin menegaskan tiada masalah bagi parti itu, sekiranya Barisan Nasional (BN) ingin memperuntukkan kerusi kepada rakan sekutu atau parti mesra komponen BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), asalkan ia bukan kerusi tradisi yang ditandingi MIC.

“Yang Berhormat Datuk Seri (Ahmad Zahid Hamidi) telah mengumumkan bahawa salah satu parti dalam Friends of BN akan diberi kerusi untuk bertanding di bawah tiket BN pada pilihan raya umum yang akan datang.

“….. dan perkara ini akan dibawa ke Majlis Tertinggi BN untuk diputuskan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-75 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)  di sini, hari ini.

Selain itu, Vigneswaran juga meminta pucuk tertinggi kepimpinan BN agar memperuntukkan kerusi yang adil dan berpatutan kepada parti berusia 75 tahun itu dalam PRU15.

“Penting bagi MIC untuk mendapat kerusi-kerusi tradisi atau baharu berasaskan kepada landskap dan perubahan politik di peringkat akar umbi.

“Maksud saya ialah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Parlimen yang MIC  mempunyai peluang untuk memenangi kerusi berkenaan,” katanya.

 

.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat