Kerajaan tidak pinggirkan masyarakat India – PM Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak meminggirkan masyarakat India dan  akan memastikan bahawa taraf hidup masyarakat India terus diperbaiki, berpandukan PTMI, dan penambahbaikan akan dilakukan, dari semasa ke semasa sejajar dengan RMK ke-12 dan Bajet 2022, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, RM100 juta diperuntukkan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Jelasnya, perutukan ini antara lain untuk melaksanakan program bantuan kewangan pengajian, bagi komuniti India B40, program pembangunan kapasiti keusahawanan, dan juga bantuan kebajikan.

Disamping itu, menurut Perdana Menteri lagi, Kerajaan sentiasa mengambil berat akan kebajikan kaum India di negara ini. Pada tahun ini sahaja, kerajaan telah menyediakan bantuan tunai, 8.4 juta kepada B40, dan Geran Khas Prihatin (GKP) 1 juta kepada PKS Mikro. Hal ini termasuk 7.6% atau 640 ribu B40 daripada komuniti India, dan 8% bersamaan 80 ribu PKS kepada Mikro India. Dengan itu, komuniti India bakal menerima manfaat, lebih RM600 juta daripada Bantuan Keluarga Malaysia pada tahun 2022.

“Khusus untuk komuniti India bagi tahun 2022, RM100 juta diperuntukkan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). Antara lain untuk melaksanakan program bantuan kewangan pengajian, bagi komuniti India B40, program pembangunan kapasiti keusahawanan, dan juga bantuan kebajikan.

“Selain itu, RM25 juta telah disediakan melalui TEKUN untuk Skim Pembiayaan
Usahawan Mikro India, dengan pembiayaan pinjaman mudah sehingga RM100 ribu,
dan pada kadar faedah serendah 4% setahun.

“HRD Corp juga akan mengkhususkan sehingga RM25 juta untuk latihan
kemahiran bagi belia India B40. Kementerian Pendidikan pula akan memperuntukkan
RM35 juta untuk penyelenggaraan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.” kata beliau ketika berucap sempena Perasmian Perhimpunan Agung Mic Ke-75,  pada Ahad,  di MITEC.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mengumumkan mulai 2022, peruntukan untuk Universiti AIMST dijadikan RM25 juta setahun mencadangkan MITRA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan dibincangkan.

Katanya lagi, Jawatankuasa Khas Kabinet bagi pembangunan masyarakat India akan ditubuhkan.

Ujar beliau lagi, melalui Kementerian Perpaduan Negara, satu Pelan Tindakan untuk Masyarakat India sudah dibentuk. Ia dikenali sebagai Pelan Tindakan Masyarakat India (PTMI), dan akan dilancarkan dalam jangka masa terdekat, merangkumi pelbagai sasaran jangka pendek dan panjang, bersama agensi peneraju dan pelaksana.

Beliau juga menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden MIC, Tan Sri Vigneswaran Sanasee dan Timbalan Presiden MIC, YB Datuk Seri M Saravanan, yang telah berjaya mengekalkan jawatan masing-masing tanpa bertanding, bagi penggal 2021-2024.

Ucapan tahniah juga kepada mereka yang menang dan mengekalkan jawatan
pada pemilihan kali ini. Semoga kepercayaan dan mandat yang diberikan oleh ahli-ahli parti akan menyuntik semangat jitu kepemimpinan MIC, untuk terus memberikan
perkhidmatan terbaik buat kaum India di negara ini, ucap beliau lagi.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, MIC telah melalui ujian masa dan zaman. Pelbagai cabaran dan peristiwa telah diharungi sejak penubuhannya pada tahun 1946. Pada masa ini, MIC tetap berdiri teguh dalam arena politik tanah air. Saya yakin, sejak PRU14, ramai masyarakat kembali menyokong MIC. Mereka menyesal kerana tersalah pilih akibat terbuai dengan janji-janji palsu Pakatan Harapan (PH). Kini mereka sedar bahawa MIC
adalah pejuang sejati untuk masyarakat India di Malaysia.

“Justeru, kepemimpinan MIC perlu bersikap proaktif dan prihatin terhadap keadaan semasa, bukan sekadar bertujuan meraih sokongan masyarakat pada PRU-15 yang akan datang, tetapi melakukannya dengan penuh keikhlasan, sekali gus terus memperjuangkan kepentingan kaum India khususnya, dan rakyat keseluruhanny -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat