Dua pensyarah PTSB teruja raih kejayaan, genggam PhD, ijazah sarjana

Oleh Zihan Zari

SINTOK – Usaha tanpa hentinya telah menuai hasil membanggakan, apabila dua pensyarah dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Dr. Adiebah Ahmad dan Intan Radina Ahmad mencipta sejarah peribadi berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan Ijazah Sarjana pada Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-38 di Dewan Mu’adzam Shah, UUM dekat sini baru-baru ini.

Dr. Adiebah kini bergelar Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Perakaunan selepas menamatkan pengajian dalam bidang Perakaunan pada tahun 2024 setelah membuat kajian bertajuk “Determinants of Tax Compliance Behaviour among Malaysian e-Commerce Entrepreneurs” di bawah seliaan penyelia berpengalaman dari UUM.

Ianya merupakan kajian yang penting dan menyumbang kepada percukaian dengan mengenal pasti kadar audit dan perkhidmatan cukai yang mempengaruhi pematuhan cukai, menekankan peranan kuasa serta kepercayaan sebagai pengantara utama dan membantu pembuat dasar merangka strategi pematuhan cukai e-dagang yang lebih berkesan.

“Walaupun mengalami cabaran, ia tidak sesekali melunturkan semangat, terus berusaha belajar bersungguh-sungguh, akhirnya saya meraih kejayaan paling manis dalam hidup,”katanya.

Sementara itu, Intan Radina kini mampu tersenyum apabila akhirnya berjaya merealisasikan impiannya di pentas konvokesyen dapat menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) melalui mod kerja kursus.

Projek akhir beliau bertajuk “Determinant of Student’s Enrolment in TVET Programme: A Case Study in Polytechnic Malaysia” meneliti faktor yang mendorong pelajar memilih laluan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai platform masa depan.

“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT akhirnya saya mengecapi detik kejayaan ini. Ia dapat meningkatkan lagi motivasi saya untuk memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara,”katanya lagi.

Dalam pada itu, Pengarah PTSB, Hajah Norlili Juwita Arshad berkata khabar gembira ini bukan sahaja membanggakan institusi malah memperkukuh reputasi politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) sebagai penyedia bidang TVET yang memiliki barisan pensyarah berkelayakan tinggi dan berwibawa.

“Cerita kejayaan ini membuktikan bahawa warga POLYCC sentiasa komited meningkatkan ilmu dan kepakaran bagi memastikan kualiti pengajaran seiring dengan keperluan industri semasa,” ujarnya.

Dedikasi Dr. Adiebah dan Intan Radina mencerminkan semangat berterusan pensyarah POLYCC untuk melahirkan graduan TVET yang kompeten, profesional dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat