JK khas isu Pasar Chow Kit akan ditubuhkan lepas 19 November- Johari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Calon BN Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani komited untuk menyelesaikan masalah yang melanda peniaga serta pembangunan di Pasar Chow Kit atau juga dikenali sebagai Pasar Raja Bot.

Sehubungan itu, beliau menegaskan akan menubuhkan jawatankuasa khas yang dianggotai oleh semua peniaga termasuk peniaga Melayu, Cina dan India selepas 19 November ini.

Ini kerana, menurutnya, isu melibatkan kawasan tersebut sudah berlanjutan sehingga kira-kira 10 tahun dan perkara itu tidak boleh dilengahkan lagi kerana melibatkan ramai peniaga yang akhirnya terpaksa menutup kedai.

“Sudah 10 tahun, kita tidak boleh tunggu lagi. Selepas 19 November, saya nak jawatankuasa yang mantap diletakkan dalam satu jawatan kuasa khas termasuk peniaga Melayu, Cina dan India yang boleh dipercayai.

“Kita buat satu jawatankuasa, saya mahu menjadi penasihat kepada jawatankuasa ini untuk mendesak kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), siapkan kawasan ini secepat mungkin.

“Kita bawa semua pemegang taruh, setiap seksyen yang terjejas mesti datang, kita nak bentangkan fakta, berapa ramai terjejas, berapa kedai sudah tutup. orang mati pun kedai masih tidak boleh buka.

“Jadi selagi anda meniaga di sini kita mesti kerjasama untuk memastikan DBKL tidak membuat kesilapan ambil kontraktor yang salah untuk menyiapkan projek ini,” katanya selepas program walkabout di Pasar Chow Kit pada Jumaat.

Selain itu, bercakap mengenai isu sama, Johari berkata beliau tidak mahu isu kontraktor dijadikan alasan berhubung isu pembangunan di Pasar Chow Kit memandangkan ia merupakan tanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Malah, beliau turut mempersoalkan tindakan Khalid Abd Samad ketika menjadi menteri Wilayah selama 22 bulan yang dilihat masih gagal menyelesaikan masalah di kawasan pasar tersebut.

“Kita tidak mahu kegagalan kontraktor menjadi alasan kepada Pasar Chow Kit ini tidak dibangunkan. Sebab saya difahamkan, sudah lima kontraktor. Saya difahamkan sudah ada. Menteri Wilayah 22 bulan, apa dia buat?

“Kalau pertama kali, DBKL dan Kementerian Wilayah buat kesilapan, tidak mengapa. Tapi kalau anda salah kali kedua, ketiga, keempat, kelima dan masih salah, itu buang masa kita semua.

“Bila peniaga ‘mati’, berapa banyak wang rugi daripada kos yang dia nak meniaga, sebab itu nak memilih pemimpin PRU-15 ini, kena nilai betul-betul. Mereka sudah tipu, saya cakap terus terang. Saya tak marah pada pengundi yang tidak undi saya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat