Bandar Pintar Temerloh Bakal Lonjak Ekonomi – Sharkar

- Advertisement -

TEMERLOH – Temerloh bakal dibangunkan bandar pintar sebagai strategi jangka panjang bagi melonjakkan ekonomi kawasan berkenaan.

Pembinaan perbandaran baru ini bakal menjadi daerah titik tengah Semenanjung itu sebagi hub industri, teknologi, ekonomi dan pelancongan.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Mohd Shamsudin berkata, rancangan jangka panjang itu boleh direalisasikan sebaik mandat diberikan kembali kepada BN untuk mentadbir Pahang.

Jelas Sharkar, bandar pintar itu juga akan menempatkan pusat pentadbiran kerajaan, kawasan perindustrian, stesen kereta api dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Katanya, tanah seluas 810 hektar di kawasan Mentakab sudah dikenal pasti untuk dibangunkan.

“Hasrat untuk membina bandar pintar di Temerloh adalah pelan jangka panjang yang mampu merancakkan ekonomi setempat kerana pelbagai sektor akan menerima manfaat.

“Kedudukan Temerloh sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia juga membolehkan daerah ini menjadi transit untuk sistem pengedaran logistik dan pelancongan di Pahang,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Karnival Inap Desa, malam tadi.

Mengulas lanjut mengenai karnival berkenaan, Sharkar berkata, pengusaha inap desa di negeri ini perlu memanfaatkan pembukaan semula ekonomi untuk meningkatkan pendapatan dengan kemasukan pelancongan.

Katanya, seramai 15 juta pelancong direkodkan di Pahang tahun ini menjadikan industri pelancongan antara sektor utama yang menjana ekonomi bagi negeri ini.

“Pengusaha inap desa perlu manfaatkan kedatangan pelancong pasca Covid-19 semakin meningkat bagi menjana pendapatan tambahan.

“Di Pahang, terdapat 38,000 bilik hotel dan mungkin angka itu tidak cukup untuk menampung kedatangan pelancong khususnya ketika cuti umum dan cuti sekolah.

“Jadi saya lihat industri inap desa ini berpotensi untuk dimajukan sekali gus membantu warga desa untuk menjana pendapatan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat