JaminKerja Keluarga Malaysia terus bantu belia tingkat taraf hidup

- Advertisement -

BERA – Kerajaan berusaha memastikan golongan belia mendapat pekerjaan sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup menerusi JaminKerja Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia merupakan manifestasi komitmen kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan yang lebih menyeluruh dan menghasilkan pembangunan ekonomi lebih mampan.

Jelas beliau, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sentiasa memastikan kebajikan pekerja dan majikan termasuk mereka yang terbabit dalam ekonomi baharu seperti Gig yang kini menjadi alternatif bagi menjana pendapatan.

“Program kemahiran semula dan penjanaan pendapatan juga diperkenalkan untuk mereka yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan apabila syarikat yang menjadi tempat mereka bekerja terpaksa mengurangkan operasi atau ditutup.

“Menerusi Sistem Insurans Pekerjaan ditawarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) seramai 188,526 Keluarga Malaysia menerima manfaat faedah kewangan berjumlah RM1 bilion bagi membantu mereka yang terkesan meneruskan kehidupan harian,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Keluarga Malaysia: Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Bera, pada Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal.

Beliau berkata, sehingga 28 Oktober lalu sebanyak 65,774 permohonan kerja diterima membabitkan 8,513 majikan.

“Kajian Tahap Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan dan Dasar Keluarga Malaysia yang dilaksanakan Ilham Centre mendapati 82.5 peratus rakyat mahu program JaminKerja diteruskan di masa hadapan.

“Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) turut memperkenalkan Pusat Penempatan HRD Corp yang menjadi portal sehenti pemadanan latihan kemahiran serta kaunseling dan bimbingan kerjaya kepada 60,000 penempatan pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata, Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia menyediakan peluang pekerjaan yang lebih menyeluruh dan menghasilkan pembangunan ekonomi lebih mampan.

Selain itu, turut diadakan Karnival Jualan Keluarga Peladang di Dataran Kerayong di mana Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) membawa jualan produk jenama Peladang yang berasaskan makanan antaranya ayam, beras, minyak masak serta input pertanian.

Istimewanya jualan ayam dibuka dengan harga serendah RM8 seekor ayam bulat pada waktu ‘happy hour’ namun ia terhad kepada 500 ekor sahaja.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat